Saturday, 25 March 2017

Event Sugar Glider Sungai Petani (Part 1)

EVENT SUGAR GLIDER SUNGAI PETANI
(PART 1)

Group ini telah tertubuh secara rasmi pada 27 Julai 2016. Pada di awal penubuhan, kami juga menjalankan Teh Tarik Session (T.T.S.) bertempat di kedai makan dengan gelaran Kedai Janggut, Sungai Pasir.

Selepas beberapa kali perjumpaan di Kedai Janggut, kami bersetuju untuk berpindah tempat perjumpaan ke Jai Corner, Taman Nilam atas alasan ruangan terhad di Kedai Janggut.


13/11/2016 merupakan tarikh pertama group Sugar Glider Sungai Petani menggunakan Jai Corner sebagai tempat perjumpaan rasmi selepas Kedai Janggut. Kali ini, aktiviti semakin meriah dengan kehadiran ahli semakin bertambah.





4/12/2016 - Sekali lagi event TTS Sugar Glider Sungai Petani di Jai Corner, Taman Nilam. Kali ini, event semakin bertambah meriah. 




18/12/2016 - Baju group Sugar Glider Sungai Petani dipakai secara rasmi buat julung kalinya untuk TTS Sugar Glider Sungai Petani buat kali ke 3 di Jai Corner, Taman Nilam. Venue TTS Sugar Glider Sungai Petani terpaksa ditukar saat-saat akhir kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan pada hari tersebut. Venue asal yang dijadualkan bertempat di Taman Jubli Perak, Sungai Petani.














31/12/2016 - Buat pertama kali TTS Outdoor Sugar Glider Sungai Petani diadakan bertempat di Taman Jubli Perak, Sungai Petani. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan pada event tersebut.