Sugar Glider atau Petaurus breviceps adalah sejenis haiwan dari spesis marsupial. Haiwan comel ini boleh dijumpai di habitat asalnya seperti Australia, Indonesia, Kepulauan Papua New Guinea serta di Tasmania.
Secara amnya, sugar glider adalah haiwan nokturnal. Jadi adalah normal jika kita melihat mereka hanya aktif pada waktu malam dan menghabiskan hampir kebanyakkan waktu siang dengan tidur sahaja.
Haiwan kecil ini sering disalah ertikan sebagai tupai terbang kerana rupa fizikalnya yang seakan-akan menyerupai tupai terbang. Akan tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara dua makhluk ini.
PERBEZAAN ANTARA SUGAR GLIDER DAN TUPAI TERBANG
 |
Sugar Glider |
Sugar Glider
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Mamalia
Subclass: Marsupialia
Ordo: Diprotodontia
Family: Petauridae
Genus: Petaurus
Spesies: breviceps
 |
Tupai Terbang |
Tupai Terbang
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Mamalia
Subclass: Eutheria
Ordo: Rodentia
Family: Sciuridae
Subfamily: Pteromyinae
Genus: Glaucomys
Spesies: volans
ANATOMI SUGAR GLIDER
Secara amnya, sugar glider memiliki lima jari pada setiap tangan serta kaki. Kesemua jarinya memiliki kuku kecuali dua jari kakinya. Jari kaki yang tidak berkuku digunakan untuk menyikat bulu atau membersihkan bulu mereka sendiri.
 |
Jari Kaki Serta Tangan Sugar Glider |
Apa yang menjadi daya tarikan pada sugar glider adalah membrane lembut pada sisi abdomen mereka. Membrane inilah yang digunakan oleh sugar glider untuk meluncur di udara.
 |
Rupa Membrane Nipis Yang Digunakan Sugar Glider Untuk Meluncur Di Udara |
SUGAR GLIDER JANTAN
Sugar glider jantan boleh dikenali dengan kehadiran "ball of glory" di bawah abdomen sugar glider. Apabila sugar glider jantan memasuki usia matang, mereka akan menggunakan kalenjar khas yang terdapat pada dahi, dada serta bahagian bawah perut untuk menanda kawasan masing-masing.
 |
Tanda Botak Yang Kelihatan Pada Dahi Sugar Glider Jantan Yang Matang |
 |
Testikl Sugar Glider Yang Bercabang (bifurcated) |
 |
"Ball of Glory" Milik Sugar Glider Jantan |
SUGAR GLIDER BETINA
Sugar glider betina dapat dibezakan dengan kehadiran poket kecil (pouch) pada abdomen makhluk tersebut. Poket tersebut berfungsi sebagai kantung untuk membesarkan joey mereka.
 |
Begini Rupa Marsupium (poket kecil) Milik Sugar Glider Betina |
TABIAT SUGAR GLIDER |
Sugar merupakan haiwan nokturnal yang membawa maksud haiwan cilik ini hanya aktif pada waktu malam. Pada siang harinya, kebanyakkan waktu mereka dihabiskan hanya dengan tidur sahaja. Namun begitu, sugar glider masih mampu dilatih untuk berjaga pada waktu siang.
Semasa di dalam hutan, haiwan cilik ini hidup secara berkumpulan atau juga dikenali sebagai koloni. Dalam satu-satu masa, jumlah satu koloni mampu memcecah sehingga 15 ekor! Jadi tidak hairanlah haiwan cilik ini cukup manja dengan manusia.
Semasa dalam jagaan manusia, usia sugar glider mampu mencapai 15 tahun. Rekod terkini usia sugar glider paling tua di Malaysia sudah 17 tahun.
Sebelum memilih sugar glider sebagai haiwan peliharaan, kaji dahulu tentang latar belakang sugar glider agar kita tidak tersalah menjaga haiwan kerdil ini. Diet, tempat tinggal, saiz ukuran sangkar serta perhatian daripada kita amatlah penting untuk memastikan sugar glider bawah jagaan kita kekal aktif, sihat serta ceria.
Follow Facebook dan Instagram kami